Monday, 12 March 2018

PENGAJIAN MALAYSIA DUB 1012


JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
DSB1A
PENGAJIAN MALAYSIA
DUB1012

KESAN RUMAH HIJAU DAN PEMANASAN GLOBAL TERHADAP ALAM SEKITAR

PENSYARAH :
MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI

PELAJAR :
ABDUL RAZAK BIN NORDIN (02DSB17F2012)
MUHAMAD FIRDAUS BIN MUHAMAD FAUZI (02DSB17F2004)
MOHD ZAFRUL IKHMAL BIN KHAIRUL ANUAR (02DSB17F2046)
MUHD. FAREEZ AZIZI BIN JAMALUDIN (02DSB17F2056)
MUHAMMAD FIRDAUS HAFIZY BIN AZAHARI  (02DSB17F2040)


INDEX

· PENGHARGAAN
· PENGENALAN
· DEFINISI ALAM SEKITAR
· PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
· RUMAH HIJAU
· PEMANASAN GLOBAL
· KESIMPULAN
· RUJUKAN
· LAMPIRAN


PENGHARGAAN
Alhamdullilah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanyaa. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada En Mohd Noor Zaidi Bin Muhamad Zawawi, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi perubahan zaman yang begitu hebat.




PENGENALAN
Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.





 DEFINISI ALAM SEKITAR
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.




 PRINSIP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan penglibatan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak. Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran. Dalam konteks ini, kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut :
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita





PUNCA RUMAH HIJAU
Ini berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemar udara seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan pendingin hawa yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini. Oleh itu kita seharusnya mengamalkan kempen kurangkan pemanasan global.


KESAN RUMAH HIJAU
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini menyebabkan akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.
Kesan rumah hijau berlaku semasa komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.




PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global berlaku adalah akibat dari kerosakan dan kelalaian manusia itu sendiri . Saban tahun penerokaan dan penebangan hutan serta pencemaran telah menyebabkan rosaknya atmosfera dan menipiskan pendinding bumi dari kepanasan sinaran matahari iaitu lapisan ozon . Antaranya adalah peti sejuk dan penghawa dingin misalnya telah memancarkan "Chlorofluorocarbon" (CFC) berbahaya yang mengakibatkan menipisnya lapisan ozon ini.



KESAN-KESAN PEMANASAN GLOBAL
Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Para-para saintis dan pengkaji iklim juga sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah menghadkan penggunaan karbon dioksida dan menghalang karbon dioksida daripada memasuki ruang atmosfera. Bahan api fosil yang sering digunakan oleh manusia perlu diganti dengan sumber tenaga yang tidak menghasilkan oksigen dan kita seharusnya menggunakan bahan api fosil dengan lebih cekap supaya alam ini terpelihara.
Selain daripada itu, kita sebagai individu yang cintakan alam sekitar perlulah menanamkan perasaan mencintai alam ini agar kita dapat memelihara alam ini daripada sebarang masalah yang boleh menjejaskan persekitaran dan hidupan yang tinggal di dalamnya. Sebagai seorang yang dikurniakan akal fikiran yang waras, kita seharusnya peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita bagi menjamin kesejahteraan.

1.Penanaman semula pokok-pokok dan tumbuhan hijau
Penanaman tumbuhan hijau adalah bertujuan untuk menngkatkan penghasilan gas gas yang bersih dalam udara. Penanaman ini boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat. Pihak sekolah boleh mengadakan taman-taman mini di sekolah untuk menyedarkan kepada pelajar-pelajar akan kepentingan tumbuhan hijau dalam ekosistem.

2. Kitar semula
Program kitar semula perlu digiatkan dengan pelbagai idea yang lebih menarik. Melalui program kitar semula, masyarakat menyedari akan kepentingan menjaga hasil mineral bumi. Dengan cara ini generasi akan dapat merasai khazanah bumi seperti yang dinikmati oleh kita. Pendidikan secara tidak formal ini juga telah mendidik masyarakat jenis-jenis barang yang perlu dan boleh dikitar semula.

3. Pengurangan penggunaan tenaga
Penggunaan petrol dalam pembakaran enjin kereta juga meningkatkan suhu pemanasan global. Penggunaan sumber alternatif seperti kereta hybrid yang bercirikan “hijau alam sekitar” adalah antara langkah terbaik dalam mengatasi pemanasan global. Di kebanyakkan negara maju, tenaga solar telah lama diaplikasi dalam kediaman rumah dan pejabat bagi menggantikan pembakaran fosil.


KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak haruslah bertindak cepat untuk mengatasi masalah ini sebelum keadaanya menjadi semakin sirius. Usaha yang dijalankan tidak seharusnya hanya melibatkan generasi tua tetapi juga generasi muda kerana merekalah yang akan menentukan samada masalah ini akan menentukan samaada masalah ini akan menjadi lebih parah atau sebaliknya. Generasi muda di seluruh dunia mestilah disedarkan tentang masalah ini dan mereka hendaklah dididik sejak kecil lagi agar menghargai alam sekitar dan bumi.



RUJUKAN
· BUKU PENGAJIAN MALAYSIA
· https://ms.m.wikipedia.org › wiki › Rum...
Rumah hijau - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
· https://ms.m.wikipedia.org › wiki › Pema...
Pemanasan global - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
· my-work-global-warming.blogspot.com › ...
PEMANASAN GLOBAL


LAMPIRAN
Cara-cara berlaku kesan rumah hijau



 KESAN PEMANASAN GLOBAL





No comments:

Post a Comment